Isnin, 7 Disember 2015

FORUM 4


TEKANAN



     Stress adalah sebuah kesan yang dirasakan setiap kali seseorang menghadapi sesuatu masalah yang besar. Mengatasi stress dan menghadapinya adalah pilihan paling bijak. Sebagai orang dewasa, kita kebiasaannya sibuk dengan tugas sebagai ibu bapa, penjaga dan pekerja dan sering merasa tertekan. Namun adakah kanak-kanak turut mengalami situasi yangsama? Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai anggapan bahawa zaman kanak-kanak adalah zaman yang ceria, meriangkan, tidak dibelenggu kebimbangan atau tanggungjawab. 

     Namun begitu terdapat kajian dilakukan membuktikan bahawa kanak-kanak turut mengalami tekanan yang terlampau dan gejalanya adalah yang sama seperti orang dewasa. Sama seperti orang dewasa,  kanak-kanak kadang-kanang mengalami kemurungan dan mengalami kesukaran untuk mengawal tekanan. Namun begitu, kanak-kanak tiada kefahaman dan kemahiran untuk memahami atau menguruskan tekanan dengan cara yang betul. Kanak-kanak bergantung kepada individu di sekelilingnya iaitu ibu bapa, penjaga, pengasuh, dan komuniti di sekelilingnya. Sebagai ibu bapa dan pengasuh kepada kanak-kanak, seseorang itu harus dapat mengesan dan membantu apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami masalah tekanan.

    Untuk menangani stress dan tekanan dalam kalangan kanak-kanak, seseorang ibu bapa dan pengasuh harus mempunyai pengetahuan tentang makna stress, tanda-tanda dan faktor yang mendorong kepada tercetusnya stress dalam kalangan kanak-kanak serta cara yang boleh dilakukan untuk menangani stress dalam kalangan kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,pada pandangan anda,bagaimanakah keadaan kesihatan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? 

8 ulasan:

  1. Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.

    Di peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.

    kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
    Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kasih saudara. Saya bersetuju atas apa yang saudara katakan. Seperti yang kita tahu, bukan orang dewasa sahaja yang menghadapi masalah stres. Orang dewasa selalunya stres apabila masalah kerja, duit tidak cukup, kemahuan terlalu tinggi tetapi tidak dapat dicapai, stres dengan pasangan, cemburu harta orang lain dan banyak lagi. Kanak-kanak pula akan stres apabila mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup, perlindungan yang tidak baik, keluarga yang berpecah belah serta kemahuan tidak dipertimbangan oleh ibubapa. Antara ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi stres ialah mereka menjadi tidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.
      Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan, suasanan di rumah dan di sekolah berkaitan dengan aspek pergaulan.

      Pada pendapat saya, kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia emosi mereka masih stabil tidak teruk seperti negara luar. Biasanya, kanak-kanak prasekolah akan stres apabila ibu bapa menghantar ke sekolah kerana mereka takut untuk pergi ke sekolah . Hal ini demikian kerana, kanak-kanak dalam lingkungn umur ini, mereka perlukan hubungan yang rapat,mereka mahukan masa lebih untuk bersama-sama dengan keluarga. Kanak-kanak sekolah rendah pula, mereka dikatakan stres apabila ibubapa meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran mereka. Mereka terpaksa belajar lebih masa untuk mencapai keinginan ibu bapa mereka. Mereka seharusnya diberi peluang untuk meluangkan masa bermain dengan rakan-rakan yang lain.
      Dalam hal ini, apa yang saudara katakan itu adalah sangat munasabah dan boleh diterima pakai kerana ketika kanak-kanak seusia prasekolah telahpun mengalami kemurungan. Ini kerana mereka terlalu terikat dengan kehendak ibu bapa mereka

      Padam
  2. Assalamualaikum dan selamat petang saudara fardie. berdasarkan soalan yang ditujukan oleh saudara , pada pandangan saya kanak-kanak merupakan insan yang lemah dan mereka sepatutnya tidak didedahkan dengan pelbagai masalah atau isu yang tidak sepatutnya. sebagai contoh, kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang banyak bergaduh di hadapan anak-anak.Tanpa mereka sedari, anak-anak yang mula membesar akan meniru tingkahlaku atau sebaliknya dan mengalami stress. Kanak-kanak yang mengalami stress kita dapat lihat, mereka akan lebih suka bersendirian dan murung. Bagi saya , kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah juga mengalami stress yang tinggi tanpa ibu bapa sedari. sebagai ibu bapa, guru atau sesiapa yang terdekat perlu mengetahui keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut. Masyarakat di sekeliliung juga perlu prihatin terhadap kanak-kanak di sekeliling mereka. mungkin setakat ini sahaja pandangan saya berkaitan forum yang saudari tanyakan. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Saudara Fahmi. Apa yang anda katakan itu adalah betul. Kanak-kanak sememangnya zaman yang paling indah dan dipenuhi oleh aktiviti bermain. Namun demikian, adakah golongan kanak-kanak ini juga turut mengalami stress dalam kehidupan seharian mereka?

      Jawapannya ialah kanak-kanak mungkin akan mengalami stress jika mereka diberikan kerja rumah yang banyak oleh cikgu semasa di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga mungkin akan mengalami stress jika mereka sering dimarahi oleh ibu-bapa mereka ketika berada di rumah. Hal ini adalah kerana sikap ibu bapa yang sering melepaskan stress ketika bekerja dengan memarahi anak mereka semasa di rumah.

      Apa yang kita lihat disini adalah perkembangan dan pertumbuhan kanak telahpun diterapakan dengan keadaan yang tidak normal dan tidak sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, apabila kanak-kanak telah mencapai tahap dewasa, mereka akan meniru gaya yang negatif kerana pada peringkat awal, mereka telah diterapkan dengan persekitaran yang kurang efektif. pandangan yang saudara katakan itu adalah sangat betul dan munasabah. Terima kasih atas pencerahan anda itu.

      Padam
  3. saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan anda saudari Fariezza. Seperti yang anda katakan tahap tekanan kanak-kanak di Malaysia berada ditahap peratusan yang rendah. Saya menghargai pendapat anda bahawa kanak-kanak mengalami stres yang tidak serius seperti orang dewasa. Golongan kanak-kanak sememangnya tidak memahami konsep konflik keluarga terutamanya konflik ibubapa mereka itu sendiri, mereka hanya boleh melihat dan meniru situasi konflik itu dan memberi impak terhadap semangat dan motivasi kanak-kanak menurun. Dan seperti yang anda katakan, mereka akan kehilangan semangat untuk meneruskan rutin pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, seperti yang kita sedia maklum gangguan emosi banyak terjadi tidak kira samada dikalangan murid sekolah rendah mahupun murid prasekolah. Saudara Fahmi ada menyatakan bahawa kanak-kanak merupakan insan yang lemah dan mereka sepatutnya tidak didedahkan dengan pelbagai masalah atau isu yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya menggembleng tenaga agar masalah ini tidak terus menjadi barah dalam masyarkat. Dikesempatan ini,izinkan saya mengutarakan pandangan saya pula mengenai kesihatan mental kanak-kanak. Kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Hal ini adalah kerana persekitaran yang baik akan menyebabkan perkembangan mental seimbang.Namun, sekiranya dikaitkan dengan penyataan anda bahawa kanak- kanak akan mengalami tekanan perasaan kerana faktor ibu bapa adalah benar kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya pemikiran yang seimbang pada tahap prasekolah dan sekolah rendah.

      Padam
  4. terima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi memberi komen yang sangat membina bagi pengguna laman blog ini berkaitan isu yang telah digariskan tersebut.

      Saya sememangnya bersetuju dan wajar menganggap isu ini adalah bukan perkara mudah diatasi kerana ianya berpunca daripada emosi kanak-kanak itu sendiri. Secara umumnya, kanak-kanak akan melalui suatu proses perkembangan iaitu JERIS. Pada masa yang sama bekalan ilmu dan asuhan yang berterusan dipupuk melalui sistem pendidikan sepanjang hayat. Ibu bapa adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk anak-anak di rumah agar dapat dipraktikkan sebagai panduan anak-anak pada dewasa nanti. Manakala, di sekolah pula guru adalah merupakan pihak kedua yang meneruskan tanggungjawab sebagai pengasuh ataupun pendidik yang akan membentuk JERIS anak-anak itu sendiri. Anak-anak yang mengalami stress yang tinggi adalah disebabkan beberapa faktor,iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor-faktor dalaman ialah secara semulajadi iaitu anak-anak seorang yang beremosi tinggi.

      Manakala faktor-faktor secara luaran pula, kanak-kanak di pengaruhi oleh faktor persekitaran seperti rakan sebaya dan sebagainya. Rakan sebaya biasanya mempengaruhi anak-anak dalam proses berkawan. Sekiranya tersalah dalam berkawan, ini akan menjejaskan aspek lain seperti akademik dan interpersonal. Oleh itu, saya dapat mengatakan bahawa stress adalah emosi. Ia bukan untuk diatasi tetapi untuk dikawal kerana emosi adalah perasaan yang harus dibentuk melalui hubungan yang baik dengan semua makhluk dan pencipta. Sekian dahulu untuk kali ini, sekian terima kasih.

      Padam