Isnin, 7 Disember 2015

FORUM 4


TEKANAN



     Stress adalah sebuah kesan yang dirasakan setiap kali seseorang menghadapi sesuatu masalah yang besar. Mengatasi stress dan menghadapinya adalah pilihan paling bijak. Sebagai orang dewasa, kita kebiasaannya sibuk dengan tugas sebagai ibu bapa, penjaga dan pekerja dan sering merasa tertekan. Namun adakah kanak-kanak turut mengalami situasi yangsama? Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai anggapan bahawa zaman kanak-kanak adalah zaman yang ceria, meriangkan, tidak dibelenggu kebimbangan atau tanggungjawab. 

     Namun begitu terdapat kajian dilakukan membuktikan bahawa kanak-kanak turut mengalami tekanan yang terlampau dan gejalanya adalah yang sama seperti orang dewasa. Sama seperti orang dewasa,  kanak-kanak kadang-kanang mengalami kemurungan dan mengalami kesukaran untuk mengawal tekanan. Namun begitu, kanak-kanak tiada kefahaman dan kemahiran untuk memahami atau menguruskan tekanan dengan cara yang betul. Kanak-kanak bergantung kepada individu di sekelilingnya iaitu ibu bapa, penjaga, pengasuh, dan komuniti di sekelilingnya. Sebagai ibu bapa dan pengasuh kepada kanak-kanak, seseorang itu harus dapat mengesan dan membantu apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami masalah tekanan.

    Untuk menangani stress dan tekanan dalam kalangan kanak-kanak, seseorang ibu bapa dan pengasuh harus mempunyai pengetahuan tentang makna stress, tanda-tanda dan faktor yang mendorong kepada tercetusnya stress dalam kalangan kanak-kanak serta cara yang boleh dilakukan untuk menangani stress dalam kalangan kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,pada pandangan anda,bagaimanakah keadaan kesihatan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? 

FORUM 3


KECERDASAN



        Kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi ornang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.Kompetensi Kecerdasan Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik. Kemahiran ini amat penting dan perlu dipraktikkan oleh setiap guru dalam proses mendidik murid-murid dan anak-anak di rumah serta dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan.

        Kecerdasan intelek ialah kekuatan mental manusia untuk  berfikir secara kreatif dengan lebih tinggi yang berkaitan dengan pemikiran dan intelegensi. Kederdasan ini dapat diukur dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai IQ test. Persoalannya bahaskan 'kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan'


FORUM 2


KELUARGA BAHAGIA


      Ibu bapa sememangnya sangat penting di dalam kehidupan seseorang individu. Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini. Ibu bapa sangat berperanan dalam membentuk sahsiah dan peribadi seseorang kanak-kanak. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' kerana anak-anak ibarat kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk anak-anak agar mereka dapat mencontohi perangai dan sifat yang telah dicerminkan kepada mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan role model untuk kanak-kanak yang masih belum mengetahui soal duniawi ini.
      
      Didikan awal yang sempurna boleh menjamin kejayaan anak-anak di masa hadapan agar mereka tidak terjebak atau terjerumus dengan gejala sosial yang negatif. Dalam konteks ini, bapa juga perlu memainkan peranannya sebagai ketua keluarga agar keluarganya sentiasa berada dilandasan yang betul. Oleh hal yang demikian,apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?

FORUM 1


RAKAN SEBAYA





      Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Zaman remaja turut memperlihatkan perubahan daripada segi sosial dan emosi. Perkembangan sosio-emosi adalah cantuman perkataan ‘sosial’ dan ‘emosi’. Ia terbentuk daripada personaliti remaja itu sendiri. Dalam memperkembangkan sosio-emosinya, remaja perlu mengukuhkan personaliti diri dengan cara membentuk identiti diri, mempunyai nilai hidup, konsep kendiri yang positif, penghargaan yang tinggi untuk dirinya, mempunyai imbangan antara diri dan sosial serta mempunyai persepsi yang sihat pada orang lain. Kanak-kanak pula adalah seorang budak kecil yang belum mencapai baligh serta belum tahu membuat keputusan dengan sendirinya.

      Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalaman dan luaran. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja yang perlu diurus dengan baik supaya pertumbuhan remaja tidak terhalang dan berkembang secara positif, fizikal, mental dan emosinya. Oleh hal yang demikian, apakah peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?