TEKANAN
Stress adalah sebuah kesan yang dirasakan setiap kali
seseorang menghadapi sesuatu masalah yang besar. Mengatasi stress dan
menghadapinya adalah pilihan paling bijak. Sebagai orang dewasa, kita
kebiasaannya sibuk dengan tugas sebagai ibu bapa, penjaga dan pekerja dan
sering merasa tertekan. Namun adakah kanak-kanak turut mengalami situasi
yangsama? Bagi sesetengah orang, mereka mempunyai anggapan bahawa zaman
kanak-kanak adalah zaman yang ceria, meriangkan, tidak dibelenggu kebimbangan
atau tanggungjawab.
Namun begitu terdapat kajian dilakukan membuktikan bahawa
kanak-kanak turut mengalami tekanan yang terlampau dan gejalanya adalah yang
sama seperti orang dewasa. Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak kadang-kanang mengalami kemurungan
dan mengalami kesukaran untuk mengawal tekanan. Namun begitu, kanak-kanak tiada
kefahaman dan kemahiran untuk memahami atau menguruskan tekanan dengan cara
yang betul. Kanak-kanak bergantung kepada individu di sekelilingnya iaitu ibu
bapa, penjaga, pengasuh, dan komuniti di sekelilingnya. Sebagai ibu bapa dan
pengasuh kepada kanak-kanak, seseorang itu harus dapat mengesan dan membantu
apabila kanak-kanak di bawah jagaan mereka mengalami masalah tekanan.
Untuk
menangani stress dan tekanan dalam kalangan kanak-kanak, seseorang ibu bapa dan
pengasuh harus mempunyai pengetahuan tentang makna stress, tanda-tanda dan
faktor yang mendorong kepada tercetusnya stress dalam kalangan kanak-kanak
serta cara yang boleh dilakukan untuk menangani stress dalam kalangan
kanak-kanak. Oleh hal yang demikian,pada pandangan anda,bagaimanakah keadaan kesihatan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?



