Isnin, 7 Disember 2015

FORUM 1


RAKAN SEBAYA





      Dari perspektif Islam, remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Zaman remaja turut memperlihatkan perubahan daripada segi sosial dan emosi. Perkembangan sosio-emosi adalah cantuman perkataan ‘sosial’ dan ‘emosi’. Ia terbentuk daripada personaliti remaja itu sendiri. Dalam memperkembangkan sosio-emosinya, remaja perlu mengukuhkan personaliti diri dengan cara membentuk identiti diri, mempunyai nilai hidup, konsep kendiri yang positif, penghargaan yang tinggi untuk dirinya, mempunyai imbangan antara diri dan sosial serta mempunyai persepsi yang sihat pada orang lain. Kanak-kanak pula adalah seorang budak kecil yang belum mencapai baligh serta belum tahu membuat keputusan dengan sendirinya.

      Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalaman dan luaran. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja yang perlu diurus dengan baik supaya pertumbuhan remaja tidak terhalang dan berkembang secara positif, fizikal, mental dan emosinya. Oleh hal yang demikian, apakah peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?

8 ulasan:

  1. Bagus sekali tajuk forum yang diutarakan oleh saudara. Terlebih dahulu saya ingin memberikan beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami keadaan kesihatan mental yang kurang baik iaitu antaranya persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan.
    menurut hasil kajian para ahli psikologi kanak-kanak, sikap semula jadi kanak-kanak ialah mereka menyukai suasana yang riang dan ceria. selain itu, mereka juga sangat menyukai kawasan yang besar dan luas untuk bermain, bayangkan jika anda seorang kanak-kanak yang berjiwa bebas tetapi terkurung dalam ruang yang sempit. menurut saya keadaan seperti inilah yang menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas. emosi mereka tidak terekpresi dengan baik. selain itu, keadaan yang kurang selesa semasa belajar maka kanak-kanak akan terganggu dan menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan apa pesan yang disampaikan oleh guru yang mungkin menyebabkan mereka dimarahi dengan guru atau juga mereka takut dimarahi selepas teringat akan kerja rumah yang diberikan oleh guru. namun pada pendapat saya, kanak-kanak tidak cenderung ke arah sehingga mereka strees kerana mereka adalah individu yang sentiasa inginkan kegembiraan dan mudah diurus berbanding dengan orang dewasa jika melibatkan perasaan atau emosi. sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak itu menangis kerana ingin bermain maka, cara penyelesaiannya adalah memberikan peluang kanak-kanak itu bermain. selain itu, rakan sebaya juga merupakan salah satu punca keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi. sebagai contoh, rakan-rakan yang suka mengejek akan menyebabkan tahap mentalnya kurang baik dengan mempunyai keyakinan yang rendah. disemping itu juga sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah menyebabkan kanak-kanak perlu bersedia memasuki peringkat-peringkat yang baru. salah satu contoh yang akan memberikan tekanan bagi kanak-kanak penilaian-penilaian berbentuk akademik seperti UPSR yang kini telah dimansuhkan kerana mereka perlu menghabiskan masa dengan belajar berbanding keluarga. oleh itu, pada hemat saya, keadaan kesihatan mental itu bergantung dengan bagaimana sikap orang dalam persekitaran kanak-kanak itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum saudara. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas pandangan mengenai pengaruh rakan sebaya dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Pandangan yang anda utarakan itu amatlah memberangsangkan dalam mengenai pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

      Ada masanya mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

      Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Sekali lagi, pendapat yang anda utarakan itu sangat memberangsangkan dan dapat membuka minda para pembaca pada masa kini.

      Padam
  2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saudara fardie, pada pendapat saya pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Saudara Fahmi. Apa yang anda katakan itu sangat mengujakan saya. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya sangat penting dalam mempengaruhi intelek, emosi dan sosial. Mari kita lihat apakah yang dikatakan oleh pakar psikologi mengenai rakan sebaya. Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya.

      Sepertimana yang anda katakan itu adalah sangat menarik yang mana apabila kita mempunyai rakan sebaya yang mengamalkan gaya hidup yang positif. Manakala sekiranya rakan sebaya yang ada disekiling kita tiak mengamalkan gaya hidup sihat, maka perkembangan intelek, sosial dan emosi tidak akan berkembang dalam keadaan positif.

      Dengan hal ini, kita lihat Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan masalah dan konflik dalaman dan luaran.

      Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja yang perlu diurus dengan baik supaya pertumbuhan remaja tidak terhalang dan berkembang secara positif, fizikal, mental dan emosinya. Perkara yang anda ulaskan itu adalah sangat memberangsangkan dan dapat menghangatkan perbincangan kita iaitu peranan rakan sebaya memainakan perana yang penting dalam proses perkembangan manusia.

      Padam
  3. assalamualaikum dan selamat sejahtera saudara fardie.di sini saya ingin menyatakan pandangan saya bahawa peranan rakan sebaya sangat pempengaruhi perkembangan hidup kanak-kanak.Menurut Malecki dan Elliott 1999, Kanak-kanak merasakan rakan sebaya adalah lebih penting kepada mereka. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke- 4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umur. Rakan sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama. Rakan sebaya merupakan orang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarga menjadi kurang penting. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat ianya akan berkurangan setelah anak-anak mula memasuki alam persekolahan dimana mereka mula mengenali rakan baru dan akan menghabiskan masa bersama. Tanpa disedari anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dengan akan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, dan peranan pemikiran. Impaknya anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa sahaja yang dipelajarinya. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perlakuan dari rakan sebaya berbanding keluarga. Sebagai contoh perubahan sikap kanak-kanak daripada situasi dimana dulunya kanak-kanak lebih suka ibu bapa belikan sesuatu tetapi apabila meningkat remaja, mereka lebih cenderung memilih sendiri apa yang diingini bersama rakan sebaya. Ini kerana mereka beranggapan mereka mampu untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kepada keluaga. Maka dengan itu jelaslah menunjukkan kanak-kanak lebih efektif dan bersosialisasi dengan rakan sebaya berbanding keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam saudari Nafisa Huda. Pendapat yang anda utarakan adalah sangat menarik perhatian dalam sesi perbincangan kita mengenai pergaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dalam pertumbuhan dan perkembangan sosialisai sesorang individu.

      Diantara mereka yang beroleh pengaruh kuat dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak adalah dari kalangan rakan sebaya mereka. Rakan sebaya merupakan individu yang paling kuat memberi pengaruh kepada kanak-kanak dengan diperkuatkan lagi melalui satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support.

      Scale yang menyatakan bahawa, kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka Malecki & Elliott,1999. Dalam hal demikian, apa sahaja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah melalui pengaruh rakan sebaya kepada mereka. Namun apabila umur kanak-kanak semakin meningkat dewasa , mereka tidak lagi memikirkan hal tersebut. Mereka akan menerima sahaja sesiapa yang ingin berkawan dengan mereka yang mereka selesa dan seronok.

      Jadi, cara menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita bergantung kepada bagaimana perasaan kita terhadap orang itu. OLeh yang demikian, perkara yang saudari kemukakan itu adalah menarik dan boleh diterima, dan saya bersetuju atas apa yang anda katakan. Terima kasih atas ulasan anda.

      Padam
  4. Hai saudara Fardie, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai saudara rassel, terima kasih juga kerana sudi berkongsi pandangan terhadap isu yang diutarakan. Dalam hal ini saya sangat tertarik terhdap pandangan yang anda nyatakan. Oleh yang demikian, peranan rakan sebaya merupakan elemen yang paling penting dalam perkembangan dan pertumbuhan sosialisasi kanak-kanak.

      Seperti yang kita ketahui disini,peranan rakan sebaya merupakan lanjutan kepada proses sosialisasi selepas keluarga. Kumpulan rakan sebaya ini berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Dalam pandangan yang anda utarakan itu, sangat munsabah kerana pengaruh rakan sebaya adalah sangat penting dalam proses sosialisai membentuk. Menurut pakar psikologi iaitu Nursuhaili 2010 , menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial mereka. Menurut beliau juga, selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu.

      Dalam hal ini, tingkah laku yang biasnya dipengaruhi yang mana ia merangkumi cara bercakap, cara berpakaian dalam kehidupan seharian, dan juga cara kanak-kanak itu menuntut ilmu. Oleh itu jelaslah disini, kita dapat melihat bagaimana rakan sebaya mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Apa yang anda kemukakan itu adalah sangat bernas dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita. Ini kerana kita boleh melihat apa yang berlaku. Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Rassel atas memberikan pandangan dan hujah mengenai pengaruh rakan sebaya dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak

      Padam