KECERDASAN
Kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi ornang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.Kompetensi Kecerdasan
Emosi ialah kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan
orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan
kita dengan orang lain dengan baik. Kemahiran ini amat penting dan perlu dipraktikkan
oleh setiap guru dalam proses mendidik murid-murid dan anak-anak di rumah serta
dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kesedaran kendiri melibatkan
kepercayaan dan keyakinan pada diri sendiri. Induvidu yang sentiasa dalam
keadaan sedar akan jenis-jenis emosinya mampu mengawal dan mengelakkan berlaku
kejadian yang tidak diingini. Oleh itu, setiap guru mestilah mempelajari dan
mendalami kemahiran ini demi keharmonian masa depan.
Kecerdasan intelek ialah kekuatan mental manusia untuk berfikir secara kreatif dengan lebih tinggi yang berkaitan dengan pemikiran dan intelegensi. Kederdasan ini dapat diukur dengan menggunakan alat psikometri yang biasa disebut sebagai IQ test. Persoalannya bahaskan 'kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan'

Assalamualaikum Cikgu Fardie. Pada pandangan saya, kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
BalasPadamWalaikumsalam saudara Azrin Zulkifli. Apa yang anda katakan itu sangat memberangsangkan. Seperti mana yang kita ketahui, Kecerdasan mental ialah satu istilah yang sukar didefinisikan. Satu cara untuk kita mengenali apa itu cerdas ialah dengan mengkaji individu yang cerdik pandai dalam hal cara mereka berfikir, menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka mengendalikan serta menyesuaikan diri di dalam alam ini. Perkara ini sukar dikaji, kerana adakah ia menunjukkan kecerdasan atau kepandaian. Cara lain untuk melihat kecerdasan adalah dengan cara mengkaji perbezaan yang wujud di antara kedua-dua perkataan tersebut. Pandai ialah “cerdik, pintar, orang yang terpelajar, bijak, cendekiawan, cekap, mahir, boleh, mampu, sanggup” (Kamus Dewan, 1986, hlm. 827). Manakala cerdas pula ditakrifkan sebagai “sempurna akal (untuk benfikir, mengerti dan lain-lain) cerdik, pandai, pintar sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya” (Kamus Dewan, 1986, hlm 99).
PadamKomponen cerdik dan pandai sememangnya wujud tetapi cerdas juga memperihalkan tentang kemampuan akal manusia. Walau bagaimanapun, untuk mengenali maksud kecerdasan yang berkaitan dengan psikologi, kita harus melihat beberapa definisi yang diutarakan oleh pakar-pakar yang mengkaji hal ini. Mengikut takrifan seorang pakar psikologi yang mengasaskan satu daripada alat penilaian kecerdasan iaitu David Wechsler (1975), kecerdasan itu adalah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarannya, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang boleh menolong Ia menghadapi cabaran hidup”. Hal ini tidak bermakna yang seseorang itu mesti pandai atau sentiasa mendapat markah yang tinggi dalam setiap ujian pencapaian.
Fischer (1985) pula menekankan yang kecerdasan itu amat berkait rapat dengan keadaan sedar dan aksi seseorang individu itu. Seseorang yang cerdas harus berupaya menyesuaikan segala tingkah lakunya dalam apa-apa bentuk alam sekitaran dalam keadaan sedar.
Spearman menegaskan bahawa kecerdasan am ialah kebolehan manusia menghubungkaitkan dan mengkorelasikan fakta-fakta yang ada padanya. Seorang pakar lain bernama Terman pula menyarankan bahawa kecerdasan ialah kebolehan untuk membentuk konsep serta mendapatkan kesignifikan setiap konsep itu.
Seterusnya, kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut. Apa yang anda katakan itu amatlah munasabah dan pandangan anda yang utarakan adalah sangat bernas.tahniah sekali lagi, apa yang anda katakan itu amat baik dan boleh diguna pakai.
assalamualaikum dan selamat pagi saudara fardie,,saya bersetuju bahawa kecerdasaan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdsaan intelek dalam dunia pekerjaan. Saya berasa kurang setuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. dengan intelek yang tinggi kita dapat mengetahui tentang maklumat-maklumat terkini supaya kita tidak ketinggalan. tetapi emosi dan sosial juga penting kerana dua aspek ini memainkan peranan dan berkombinasi dengan intelek
BalasPadamWaalaikumsalam saudara Fahmi. Terima kasih atas pandangan yang sungguh bernas yang telah saudara lemparkan. Saudara ada menyatakan bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan berbanding mereka yang mempunyai kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Disini saya tidak bersetuju dan menafikan pernyataan tersebut adalah benar. Sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, pandangan saya berpendapat bahawa masyarakat di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka
Padamsalam sejahtera,
BalasPadamIzinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.
Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.
Waalaikumusalam saudari, terima kasih kerana dapat berkongsi penerangan yang lebih mendalam mengenai tajuk forum yang saya kemukakan ini. Saudari telah mengemukan pendapat yang sama mengenai tajuk yang saya berikan ini bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Selain itu, contoh yang diberikan saudari amatlah menarik yang menyatakan bukti yang kukuh bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan ini.
PadamOleh itu, kecerdasan emosi yang kita dapat kembangkan adalah melalui pengalaman yang kita lalui. Pada penerangan intelek pula memang betul bahawa kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Hal yang demikian, kecerdasan emosi adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan untuk menghalikan pekerja yang agresif dan positif. Terima kasih atas pandangan yang anda utarakan itu. Apa yang anda katakan itu boleh diterima pakai
Topik yang menarik. berdasarkan pernyataan yang saudari nyatakan saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya. bagi pendapat saya, saya lebih bersetuju jika kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi dan sosial adalah seimbang kerana kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat semasa dalam alam pekerjaan. bagi sesetengah pekerjaan seperti doktor atau seorang guru, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan individu yang berintelek dan emosi yang stabil. jika seorang doktor itu, hanya mempunyai kecerdasan dari segi emosi dan sosial maka apabila pesakinya datang, mungkin dia lebih kepada bertanyakan soalan-soalan tapi tidak punya pengetahuan dalam bidang ini maka ini akan menimbulkan masalah dan begitu keadaan yang sebaliknya. contoh lain ialah jika seseorang itu bekerja sebagai seorang guru maka secara tidak langsung individu itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan serta sikap yang sopan. jika guru tersebut mengajar kanak-kanak tanpa ilmu di dada justeru apakah yang perlu diajarkan. manakala jika guru mengajar dengan dengan ilmu yang ada tetapi dalam keadaan emosi yang kurang baik dengan mudah marah dengan murid atau bersikap kasar serta kurang prihatin dengan pelajarnya maka masalah juga akan timbul disini. sebagai kesimpulan, setiap jenis pekerjaan adalah berbeza dan etika serta syarat yang dikenakan juga adalah berbeza. jadi, kepentingan kecerdasan emosi sosial dan kecerdasan intelek adalah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan yang dipeganag oleh individu.
BalasPadamTerima kasih atas apa Saudari Florita Musalim katakan. Pandangan yang anda utarakan itu adalah munasabah. Mari kita lihat apa yang dikatakan oleh tokoh psikologi barat. Menurut buku ‘The Emotional Intelligence’ yang ditulis oleh Goleman, terdapat bukti kecerdasan emosi amat berkuasa malahan lebih berkuasa daripada IQ dalam sebarang domain kehidupan manusia. Dalam erti kata lain kecerdasan emosi lebih mampu mencorakkan kehidupan manusia daripada kecerdasan azali (sedia ada). Dari sudut saintifiknya pula, Mayer (1997), dalam bukunya ‘Emotional Development and Emotional Intelligence’, telah mendefinisikan kecerdasan emosi (emotional intelligence) sebagai keupayaan untuk menaakul dengan emosi dalam empat perkara iaitu mempersepsi emosi, menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosi dan menguruskan emosi.
PadamSelain itu, satu lagi perkara yang menarik di sini ialah menurut pendapat para pemimpin berjaya di dunia, lebih separuh daripada mereka telah mengatakan bahawa kecerdasan intelek mereka itu berada pada tahap yang sederhana manakala kecerdasan emosi mereka berada pada tahap yang tinggi. Goleman mengatakan bahawa terdapat empat elemen utama dalam kecerdasan emosi, iaitu kesedaran tentang diri (self awareness), mengurus diri (self management), kesedaran sosial (social awareness), dan kemahiran bermasyarakat ( social skill ).
Oleh yang demikian, kita dapat lihat disini bahawa dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut. Akhir kata dari saya, apa yang anda katakan itu adalah betul. terima kasih atas pandangan yang anda utarakan dalam perbahasan mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada intelektual dalam dunia pekerjaan.