Isnin, 7 Disember 2015

FORUM 2


KELUARGA BAHAGIA


      Ibu bapa sememangnya sangat penting di dalam kehidupan seseorang individu. Tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini. Ibu bapa sangat berperanan dalam membentuk sahsiah dan peribadi seseorang kanak-kanak. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' kerana anak-anak ibarat kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk anak-anak agar mereka dapat mencontohi perangai dan sifat yang telah dicerminkan kepada mereka. Hal ini kerana ibu bapa merupakan role model untuk kanak-kanak yang masih belum mengetahui soal duniawi ini.
      
      Didikan awal yang sempurna boleh menjamin kejayaan anak-anak di masa hadapan agar mereka tidak terjebak atau terjerumus dengan gejala sosial yang negatif. Dalam konteks ini, bapa juga perlu memainkan peranannya sebagai ketua keluarga agar keluarganya sentiasa berada dilandasan yang betul. Oleh hal yang demikian,apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?

8 ulasan:

  1. saya menyetujui hujah yang telah saudara utarakan akan tetapi pada pendapat saya, hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat dalam hidup seseorang.Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi. Pada pandangan saya, hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki adalah lebih terbuka dari segi interaksi dan pergaulannya. Hal ini berkemungkinan kerana kesamaan jantina antara sang ayah dan anak lelakinya yang membuatkan hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki lebih terbuka. Berbeza pula dengan hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan. Anak perempuan akan lebih gemar bercerita, dan berkongsi masalah dengan ibu. Namun begitu, hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan boleh dipupuk dengan lebih baik jika bapa bijak dalam mencungkil apa yang tersirat dalam diri anak perempuannya. Diharap pandangan yang saya berikan ini dapat memberikan input yang baik kepada persoalan saudara serta boleh ditambah lagidengan hujah dan pandangan daripada para pembaca sekalian. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang saudari katakan itu amat bernas dan sangat mengujakan saya untuk membaca. Melihat kepada pakar psikologi katakan, Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting untuk membentuk ikatan antara bayi dan penjaga. Dalam Teori Erikson ini, perapatan sudahpun bermula sejak dari bayi lagi. Dalam kata lain, perapatan amat penting dalam sesebuah keluarga untuk membentuk ikatan keluarga yang bahagia. Namun begitu, akan timbul sesuatu masalah sekiranya tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ahli keluarga terutama dengan bapa yang mana sesuai dengan topik yang saya ingin kongsikan ini. Apabila dilihat dari sudut perapatan dengan bapa, aspek disiplin amat dititikberatkan kepada anak-anak kerana ia sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang bapa. Apabila hubungan perapatan dengan bapa itu kurang terjalin maka akan timbul masalah anak-anak seperti kurangnya disiplin dalam diri, anak berani mengingkari suruhan orang tua, mudah terpedaya dengan pengaruh dunia luar yang negatif, anak tidak berani menyuarakan permasalahan terhadap bapa, dan kurangnya komunikasi dengan bapa di mana ini amat penting untuk mengeratkan perhubungan perapatan antara seorang anak dengan bapa.

      Padam
  2. Ya betul apa yang diperkatakan oleh saudara, Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Ini kerana, perhubungan yang tidak rapat akan menyebabkan timbulnya masalah kepada mereka. Mereka akan mengalami masalah perubahan sikap seperti memberontak, menggunakan ayat kasar dan cenderung untuk bertindak ganas. Sekiranya dibiarkan tidak mustahil masalah ini akan menguasai diri anak-anak sehingga meningkat ke alam dewasa.

      Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.

      Padam
  3. assalamualaikum saudara.
    disini saya ingin mengemukakan pendapat saya bahawa secara umumnya ibu bapa merupakan unit yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak termasukalah dalam perkembangan sosial,rohani,emosi dan intelek.Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. hal ini disebabkan oleh role model seorang bapa yang menujukkan sikap panas baran mereka. ini juga disebabkan oleh tiada pihak yang ingin memeberikan nasihat positif kepada kanak-kanak bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka adalah sikap yang negatif. kanak-kanak juga mungkina akan menghadapi tekanan hidup yang tinggi. ini disebabkan oleh sikap bapa mereka yang tidak menumpukan perhatian dan peranan mereka sebagai seorang bapa. kanak-kanak yang kurang mendapatkan perhatian bapa mereka akan mengjadapi tekanan emosi secara tidak langsung. mereka akan bersikap cemburu dan iri hati dengan bapa rakan mereka yang sentiasa menerima sepenuh perhatian bapanya.
    nak akan merasa tidak dihargai apabila ibubapa tidak mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan samaada di rumah atau di sekolah. Wujud juga pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat seperti kes curi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Saudara atas pandangan yang anda berikan itu. Apa yang kita ketahui disini, hubungan perapatan antara ibu bapa atau penjaga adalah sangat penting dalam membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.

      Merumus kepada hubungan perapatan antara bapa dan anak, ianya sangat perlu diberi perhatian bagi memastikan anak tidak hanya mendapat perhatian dari si ibu sahaja malahan ia memerlukan perhatian daripada si bapa.

      Anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapatan yang baik dengan bapa akan menjejaskan nilai moral yang akan terbentuk dalam diri mereka. Hubungan perapatan dengan bapa atau ibu mempengaruhi sosioemosi anak-anak untuk mengharungi sejauhmana anak-anak menilai diri, menganggap diri mereka berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Hubungan perapatan dengan bapa selalunya menjadi masalah buat anak-anak kerana ramai di antara mereka beranggapan bahawa bapa merupakan individu yang digeruni dan dilabel sebagai seorang yang garang.

      Oleh itu, perkara yang anda utarakan itu amatlah saya sokong kerana apabila kita melihat pada tahap pertumbuhan kanak-kanak yang tidak begitu rapat dengan bapa, mempunyai masalah yang banyak. contohnya, kes buli, kes curi, kes pergaduhan dan banyak lagi isu yang kita ketahui. Terima kasih atas pandangan yang anda utarakan itu.

      Padam
  4. Salam sejatera,

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan yang saudari berikan itu. Hubungan yang akrab kanak-kanak dengan bapa akan menghasilkan kanak-kanak itu lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja masalah yang dihadapinya kepada bapanya.

      Seperti yang kita ketahui, terdapat beberapa peringkat di dalam pembentukan perapatan ini. Menurut pakar psikologi terkemuka iaitu Bowlby (1969), beliau menyatakan bahawa terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak iaitu:

      • Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – Dalam peringkat ini, bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi mereka mempunyai kebolehan untuk membezakan ahli keluarganya atau tidak dan ini adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.

      • Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – Pada peringkat ini, bayi telah mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.

      • Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi hanya akan memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.

      • Fasa 4 (2 tahun ke atas) – Pada fasa ini, kanak-kanak telah mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

      Dalam hal ini, kita telah mengetahui bahawa perapatan dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan mereka. Oleh itu, apabila perapatan itu wujud dalam kehidupan seharian, persekitaran yang negatif itu tidak akan berlaku. Akan tetapi apabila perapatan itu tidak wujud dalam kehidupan seharian, maka akan terjadinya pelbagai masalah yang negatif itu dalam kehidupan sesorang kanak-kanak itu sehinggahlah mencapai umur dewasa.

      Apa yang saudari katakan itu adalah betul kerana dari segi penjagaan perapatan bapa dengan kanak-kanak itu amatlah penting untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih bersifat positif dari bersifat negatif. Terima kasih sekali lagi atas pandangan yang saudari utarakan itu. Pandangan anda adalah memberangsangkan dan memberi semangat dalam membincangkan isu ini.

      Padam